PERISTIWA 2 RAMADHAN « YA ALLAH BERIKANLAHKU KETEGUHAN IMAN
 
 
 
 
 
 

 

 
Saturday, September 15, 2007
PERISTIWA 2 RAMADHAN
    Jam sudah menunjukkan 1730 tetapi kereta masih lagi belum bergerak meninggalkan rumah. "Cepatla. Dah lambat ni," kataku. Memandu kereta sentra yang aku tidak biasa (kebiasaanku membawa pajero) menyebabkan aku memilih untuk mengikuti jalan bandar. Kusangkakan jalanraya tidaklah sesesak mana. Teryata tanggapanku silap. Habis semua jalan pintas kuikuti tapi ternyata sesak juga. Hujan mula turun dengan lebat. Melepasi Taman Tas, aku terus memecut kereta menuju ke lapangan terbang. Jam saat itu sudah menunjukkan 1820. "Confirm dah tak jumpa Khalid ni. Tengok kapal terbang jela", kata Pak Hitam.

    Aku meninggalkan mak dan Pak Hitam di ruang utama sementara aku berusaha mencari tempat meletak kereta. Akhirnya aku meletakkan kereta di hadapan pintu pagar tempat orang melihat kapal terbang berlepas(bukan tempat parking). Baru saja kuhendak turun, Iqbal muntah di dalam kereta. Terbatal niatku untuk berjumpa Khalid. Lantaklah. Tengok kapal terbang dahla. Aku membawa Iqbal dan hafiz melihat kapal terbang.

    Rupa-rupanya, emak dan Pak Hitam sempat bertemu Khalid. Dan Mustaqim juga muntah di lapangan terbang itu. Setelah beberapa ketika, aku bergerak balik. Mengikut jalan yang lain(jalan yang teruk kerana dalam pembinaan), aku membawa dengan kadar pecutan kerana mengejar waktu berbuka puasa. Jalan yang teruk diambah pula dengan keadaan hujan tidak menjadi masalah buatku.

    Akhirnya, berjaya juga sampai di rumah menjelang maghrib. tetapi selepas itu, Iqbal dan Mustaqim terus muntah sehingga ke malam dan aku dipersalahkan kerana membawa kereta dengan tersangat laju. Oh tidak. Tiada kena mengena!

    Apapun, selamat tinggal kepada Khalid yang sudah berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian di Syubra. Entah bila dapat bertemu semula dengan Khalid

Posted at 13:08 by shas

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry




  ::Profile::



shas
Oh Tuhan, berikanlahku kekuatan menempuh cabaran hidup-mu.

Schedule BALIK KOLEJ DAA
 
  ::Borak�::

 
  ::Clock::

 
  ::Calendar::
<< September 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

 
  ::Links::
 
  ::Santai::

 
  ::Jom Solat::

 
  ::Info Pengunjung::


 

 



 

 
_________________________________________________________________________________________________________________
Copyright � 2006 - 2007 ARIFF, All Rights Reserved.

Blogdrive