|
Aku meninggalkan mak dan Pak Hitam di ruang utama sementara aku berusaha mencari tempat meletak kereta. Akhirnya aku meletakkan kereta di hadapan pintu pagar tempat orang melihat kapal terbang berlepas(bukan tempat parking). Baru saja kuhendak turun, Iqbal muntah di dalam kereta. Terbatal niatku untuk berjumpa Khalid. Lantaklah. Tengok kapal terbang dahla. Aku membawa Iqbal dan hafiz melihat kapal terbang. Rupa-rupanya, emak dan Pak Hitam sempat bertemu Khalid. Dan Mustaqim juga muntah di lapangan terbang itu. Setelah beberapa ketika, aku bergerak balik. Mengikut jalan yang lain(jalan yang teruk kerana dalam pembinaan), aku membawa dengan kadar pecutan kerana mengejar waktu berbuka puasa. Jalan yang teruk diambah pula dengan keadaan hujan tidak menjadi masalah buatku. Akhirnya, berjaya juga sampai di rumah menjelang maghrib. tetapi selepas itu, Iqbal dan Mustaqim terus muntah sehingga ke malam dan aku dipersalahkan kerana membawa kereta dengan tersangat laju. Oh tidak. Tiada kena mengena! Apapun, selamat tinggal kepada Khalid yang sudah berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian di Syubra. Entah bila dapat bertemu semula dengan Khalid |
| Leave a Comment: |